Kes saman Nana: Peguam Syura, Lan Solo & isteri mahu bincang luar mahkamah?

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kes lima sekawan yang berdepan saman fitnah penyanyi Siti Nordiana, kini telah menggunakan khidmat guaman berbeza bagi berdepan proses undang-undang.

Untuk makluman, tiga daripada mereka itu Syura Badron, Lan Solo dan isterinya, Sheila Hassim berwakilkan peguamnya iatu Muhammad Hafiz dan Alan Razak.

Manakala, dua lagi individu yang terlibat iaitu Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Razidah Ahamad Senusi atau Aida G, masih tidak diketahui siapa peguam yang akan mewakili mereka.

Berkongsi akan perkembangan kes, Hafiz memaklumkan bahawa mereka sudah memfailkan memorandum kehadiran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin selaun dalam proses melengkapkan penyataan pembelaan terhadap tuntutan Siti Nordiana.

“Pihak kami sudah memfailkan memorandum kehadiran di mahkamah pada Isnin, 16 Ogos. Kami juga dalam proses memfailkan penyantaan pembelaan terhadap tuntutan Nana.

“Insya-Allah akan difailkan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu bermula Selesa,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz juga memaklumkan tiada sebarang perkembangan lain yang dapat dikongsikan buat masa ini memandangkan mereka belum memfailkan penyataan pembelaan.

Bagaimanapun, Hafiz memaklumkan bahawa kemungkinan kedua-dua pihak pegaum akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan kesemua penyataan.

“Mungkin pihak kami dan peguam mewakili Nana akan berbincang mengenai kebarangkalian untuk mediasi di luar mahkamah selepas pihak Nana memberi jawapan kepada penyataan pembelaan,” kongsinya.

Terdahulu, Nana menuntut kelima-lima individu terbabit membuat pemohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instgaram dan Facebook live serta RM500,000 setiap orang.

Tuntutan itu dibuat selepas penyanyi Lan Solo, isterinya Sheila Hassim, Syura dan dua individu lain membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Nana di live Instagram pada 20 Julai lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen