Aliff Syukri kecil hati Zizan ‘perli’ hasratnya nak jadi PM ke-9. -"Saya bukan perli, bagi pendapat."

Kenyataan Dato' Aliff Syukri yang ingin menjadi Perdana Menteri ke-9 sebelum ini menjadi perhatian dan bualan pengikutnya di Instagram. Meskipun rata-ratanya menganggap itu hanyalah satu gurauan namun, lain pula perspektif bondanya, Rozita Ibrahim yang sekeras-kerasnya membangkang keputusan anaknya.

Tiba-tiba 'end' live

Dalam pada itu, usahawan berkenaan juga telah mengadakan satu sesi live bersama pelakon, Zizan Razak untuk membahaskan perkara tersebut, namun siapa sangka lain pula kesudahan yang terjadi antara mereka berdua.

 

 

Kecil hati dengan Zizan?

Menerusi perkongsian terbaharu Dato' Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa dan terkilan terhadap kata-kata Zizan yang secara tak sedar telah mengguriskan hatinya.

 

"Saya amat sedih, ayat dia buat saya terluka..."

"Hanya orang yang tengok full video live tu je tahu apa yang saya rasa."

'Zizan mohon maaf'

Susulan kejadian, Dato' akhirnya mengakhiri sesi live tersebut secara tiba-tiba dan tidak lama kemudian Zizan memuat naik hantaran di Story IG bagi membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kelakuannya.

"Saya minta maaf sebab buat Dato' merajuk...Dia kata saya perli dia, bukan perli tapi kita bagi pendapat, sorry Dato'

'Jadi PM hati kena kering'

Meninjau pula ke ruangan komen, rata-ratanya jadi tak kering gusi melihat gelagat mereka berdua, boleh dikatakan masing-masing keliru dengan karenah Dato'  dan dalam masa yang sama meminta agar usahawan kosmetik berkenaan tidak terlalu sensitif dengan kata-kata, kecaman dan juga kritikan netizen di luar sana.

'Zizan tu memang kuat nyakat'

'Confident penting'

'Dia dah mula dah'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen