Masukkan duit dalam nasi, cara Alha Alfa kongsi rezeki jadi perhatian lagi

Kisahnya pernah tular di media sosial selepas memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan dengan caranya yang tersendiri iaitu memasukkan wang kertas ke dalam pisang.

Keunikan cara bersedekah jadi perhatian

Bagaimanapun, usahawan kosmetik itu sekali lagi menjadi perhatian netizen susulan melihat keunikan caranya menyumbang dengan meletakkan wang ke dalam bekas makanan yang mana menunya dimasak sendiri oleh Dato' Alha Alfa.

 

Menerusi perkongsian di Instagram, menu yang disajikan berupa seekor ikan salmon dipotong sebanyak 13 bahagian yang mana telah diperoleh untuk melakukan review, namun dia lebih memilih untuk berkongsi dengan mereka yang memerlukan di luar sana.

"Alhamdulillah, thank you so much pada anda yang dah amik slot review bersama saya, ni antara cara saya sumbangkan semula pada mereka yang memerlukan."

Kongsi rezeki review

Dalam waktu yang sama, dia masih melaksanakan tanggungjawabnya untuk membuat review ikan tersebut dengan menunjukkan cara-caranya memasak dari awal sehinggalah selesai bungkus.

 

Kemampuan yang dicemburui

Meninjau pula ke ruangan komen, tak dinafikan rata-ratanya akui kagum dengan cara usahawan itu dengan membawa kelainan dalam menyumbang dan secara tak langsung memberi inspirasi kepada yang lain untuk melakukan hal yang sama jika diberi kesempatan.

 

'Suka tengok cara Dato '

'Terbaiklah Dato'

'Moga murah rezeki'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen