Nama terpalit isu gangguan seksual, Ustaz Ebit Lew sedia beri kerjasama

Memetik laporan Utusan, pendakwah terkenal Ebit Lew selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas kira-kira satu jam memberi keterangan kepada pihak polis.

Ebit Lew selesai beri keterangan

Bagaimanapun, Ebit Lew memberitahu bahawa dia dipanggil adalah untuk memberi kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan gangguan seksual.

"Saya bekerjasama dan serahkan kepada pihak polis terhadap fitnah dan tuduhan melampau ini."

-Ebit Lew-

Sedia maafkan pelaku

Dalam pada itu, dia dalam kenyataannya memberitahu bahawa dia sedia memaafkan sesiapa sahaja yang menyebarkan video tersebut dan tidak menjadikan ianya sebagai halangan untuk dia terus menyebarkan kebaikan dan dakwah selepas ini. 

Sebelum ini, telah tular sebuah video yang menyaksikan pendakwah berkenaan melakukan hubungan seksual dengan seseorang yang tidak dapat dikenal pasti.

Bagaimanapun, Ebit Lew kelihatan tenang dan tidak melatah dengan kontroversi yang menghimpitnya pada ketika itu sehinggalah dia dipanggil ke balai polis untuj memberi keterangan terhadap video yang tular.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen