"PN sebulat suara setuju Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri." -Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyatannya, hari ini memaklumkan bahawa Parti Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan mantan Timbalan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Kerajaan Parti Perikatan Nasional yang baharu.

Sebulat suara mencalonkan Ismail Sabri sebagai PM

Perkara tersebut dapat dilihat menerusi muat naik hantaran beliau di laman Twitter yang memaklumkan pencalonan tersebut sekaligus menetapkan beberapa syarat bagi pemilihan jemaah menteri di bawah kepimpinan Ismail Sabri selepas ini.

 

Pemilihan jemaah menteri 

Jelasnya, keputusan itu dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar Kerajaan Perikatan Nasional yang sedang menumpukan kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara.

"Sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang-di Pertuan Agong, beliau hendaklah memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah."

-Tan Sri Muhyiddin-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen