Tak nak tunggu lagi, Remy & bakal isteri nekad nikah ketika PKP lepas dapat restu keluarga

Oleh: Zuzu Yasmine

Khabar gembira yang dikongsikan oleh pelakon tampan, Remy Ishak yang memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama bekas tunangnya, Ezza Yusof pada Sabtu ini tentu mengejutkan peminatnya.

Dikhabarkan pasangan ini sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebbakan pandemik Covid-19 majlis tersebut ditunda terlebih dahulu.

Tidak mahu bertangguh lagi, Remy atau nama sebebarnya Mohammad Zalimei Ishak dan bakal isterinya bersepakat untuk meneruskan pernikahan selepas mendapat restu daripada kedua belah keluarga.

“Ya jika ikut perancangan kami bernikah pada Mei lalu, bersempena dengan bulan Syawal. Tapi disebabkan PKP, ia terpaksa ditunda.

“Bagaimanapun kami memutuskan untuk melangsungkan pernikahan dalam PKP juga pada 21 Ogos ini,” katanya.

Pelakon berusia 39 tahun itu memaklumkan majlis pernikahan akan dilaksanakan mengikut protokol dan Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan yang telah ditetapkan.

Berkongsi akan persiapan pernikahannya, Remy menyatakan bahawa dia hanya mempersiapkan seheli busana pengantin memandangkan tiada majlis yang akan dilaksanakan.

“Dari segi persiapan sebenarnya tidak ada sangat kerana tidak ada majlis yang akan dilaksanakan keculai pakaian nikah yang akan dipakai nanti,” kongsinya.

Meskipun tidak dapat melakukan majlis serta menerima tetamu bagi meraikan hari bahagianya, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu tetap meluahkan rasa syukur.

Terdahulu, Remy dan Ezza pernah putus tunang sekitar tahun 2019. Bagaimanapun, hubungan mereka kembali dihidu peminat selepas Remy meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen