Hasil jualan diborong pelanggan, lelaki OKU teruja dapat balik awal undang sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Mempunyai kekurangan dari segi fizikal bukan satu alasan untuk tidak berbuat apa-apa dan hanya berharap bantuan dari orang lain. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan untuk mencari punca rezeki.

Tak lekang senyuman

Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang tular di laman Twitter apabila seorang pengguna dikenali sebagai @syftn_ memuat naik satu rakaman video seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang gigih mencari rezeki dengan berniaga.

Dalam posting berkenaan, @syftn_ meluahkan rasa sebak apabila melihat lelaki tersebut tersenyum berulang kali selepas wanita di dalam video memborong kesemua barang jualannya.

Jom pakat bantu beli!

@syftn_ turut berkongsi tempat jualan lelaki berkenaan iaitu di sekitar Pasar Chabang Empat, Tumpat, Kelantan selain mengajak mereka yang berhampiran untuk turut membantu membeli barang jualan Pakcik tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, telah menarik perhatian ramai yang rata-rata memuji akan usaha lelaki tersebut. Malah, ada juga netizen mengakui bahawa dia sekampung dengan lelaki berkenaan.

Mereka turut mendoakan agar lelaki berkenaan dimurahkan rezeki dan sentiasa disihatkan tubuh badan oleh Allah SWT.

Memang baik orangnya

Sebak tengok usaha pakcik ni

Semoga pakcik murah rezeki

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen