Seperti yang dijangkakan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipilih menjadi Perdana Menteri kesembilan dan bakal mengangkat sumpah pada hari esok.
Menurut laporan Harian Metro, anak kepada Perdana Menteri kesembilan itu iaitu penyanyi Dafi sekaligus meluahkan rasa gembira akan pengumuman berhubung pelantikan bapanya itu.
"Saya harap bapa akan menjalankan tugasnya dengan baik, buat apa yang betul dan gunakan segala pengalamannya sepanjang bekerja dalam politik.
"Saya tumpang gembira atas pengumuman itu," katanya.
Penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu berkata, dia akan terus menjadi diri sendiri dan menjalankan tanggungjawabnya mengikut didikan ibu bapanya.
"Semasa berita nama bapa saya disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri, saya ada terfikir juga beberapa perkara, tapi saya tak risau sangat. Saya bersyukur sebab saya bekerja dalam bidang hiburan pun, ada tanggungjawab sosial yang perlu saya jaga.
"Jadi, saya tak perlu tukar apa-apa pun. Saya akan teruskan jadi diri saya dan kalau boleh, ke arah yang lebih baik. Ibu bapa saya pun sudah beri didikan secukupnya kepada saya," ujarnya.
Tinggalkan Komen