Ramai je WhatsApp siap minta 'souvenirs', Caprice pelik polis tak dapat 'contact' dirinya

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam kecoh di media sosial apabila pihak polis menyatakan terpaksa menggunakan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan dua figura yang berada di Jordan dan juga Gaza bagi membantu kes siasatan.

Bagaimanapun, Caprice mengakui pelik akan berita berkenaan malah mendakwa tidak menerima sebarang panggilan atau mesej daripada pihak polis di Malaysia berhubung laporan polis yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew pada Julai lalu.

Menerusi IG story penyanyi rap berkenaan, dia memaklumkan bahawa ramai yang menghantar WhatsApp padanya untuk meminta buah tangan dan pelik mengapa dikatakan tidak dapat dihubungi.

“Caprice pelik dengan statement polis nak minta tolong interpol sebab tak dapat contact Caprice... sedangkan ramai je whatsapp kita hari-hari siap ada minta souvenirs lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Caprice turut mencadangkan agar pihak polis menghubungi kedutaan Malaysia di mana tempat dia berada memandangkan dia banyak meluangkan masa di sana.

“Kenapa tak contact je embassy Malaysia? Kita Almost hari-hari dengan staff embassy makan/minum santai,” katanya lagi.

Malah, Caprice juga ada berkongsi nombor telefonnya di salah satu posting agar mudah segelintir pihak untuk menghubunginya.

Caprice juga menyatakan sekiranya sukar untuk mencarinya, lebih baik pihak berkenaan mencari usahawan Nur Sajat, yang kini juga dicari polis.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen