Dalam diam, Elisya Sandha sah jadi isteri anak penerbit terkenal

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak ada angin tak ada ribut, pelakon cantik manis, Elisya Sandha dikatakan turut mendirikan rumah tangga pada hari ini bersama jejaka pilihan hatinya Uzair Haqimy yang merupakan anak kepada penerbit dan pelakon, Sheila Rusly.

Berseri dengan baju berona putih

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh pelakon wanita itu sendiri menerusi Instagram miliknya yang meluahkan rasa syukur.

"Allah adalah perancang terbaik. Syukur, Alhamdulillah," luahnya.

Melihat ke Instagram milik Uzair Haqimy, juga turut memuat naik gambar Elisya berserta kapsyen tertulis “isteriku”.

Fasha Sandha berat lepaskan adik

Malah, berita tersebut turut dikongsikan oleh kakak pelakon berkenaan iaitu Fasha Sandha yang meluahkan rasa berat hati untuk melepaskan adik bongsunya itu.

Bagaimanapun, pelakon berkenaan masih lagi tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini.

Untuk makluman, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada awal tahun ini dengan majlis secara sederhana.

Alhamdulillah, selamat pengantin baru buat pasangan ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen