Selesai beri keterangan, Caprice harap selamat sampai Malaysia

Penyanyi rap, Caprice menerusi hantaran terbaharunya memaklumkan bahawa pihak Polis dari IPD Wangsa Maju selesai mengambil keterangannya berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal ke atasnya.

Selesai beri keterangan

Dalam pada itu, pemilik nama Ariz Ramli turut menegaskan bahawa kes yang membabitkan dirinya tidaklah sehingga melibatkan pihak interpol seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

 

"Alhamdulillah semua okey, tak ada kes jenayah pun yang dibuka. IPD Wangsa Maju hanya nak minta statement Caprice."

"Terima kasih juga kepada PDRM sebab bagi keterangan yang sangat jelas dan profesional."

Balik Malaysia dalam masa terdekat

Bercerita pula tentang keberadaan penyanyi itu sepanjang di mesir, Caprice memaklumkan bahawa dia akan pulang ke Malaysia dalam waktu terdekat apabila selesai segala urusannya di sana.

Terdahulu, media melaporkan pihak polis mengalami kesukaran untuk mengesan Caprica dan Nadir Al-Nuri bagi mengambil keterangan mereka berhubung laporan yang dibuat pada Julai lalu ke atas mereka berdua sehingga perlu menggunakan bantuan daripada Interpol.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen