Terkilan tak dapat hadir ketika akad nikah, ucapan Jinggo buat anak undang sebak

Berikutan keadaan yang masih belum reda dengan wabak Covid-19, majlis perkahwinan selebriti Elisya Sandha dan pasangannya Uzair Haqimy masih dapat dilangsungkan dan berakhir dengan lancar.

Sebak tak dapat teman anak

Bagaimanapun, pengarah terkenal Jinggo atau lebih dikenali sebagai Tok Sidang menerusi hantarannya di Instagram terlihat sedih apabila tidak dapat menghadiri sesi akad nikah anak sulungnya, semalam kerana akur dengan ketetapan SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN).

 

Hanya dapat kirim semangat dan ucapan

Namun, dia sempat menitipkan ucapan ringkas buat putera sulungnya agar kekal tenang ketika berlangsungnya akad nikah sekaligus memohon maaf kerana tidak dapat menemaninya sepertimana yang dilakukan oleh atuknya sebelum ini.

"All the best, I am so sorry I tak dapat teman you macam mana datuk teman I masa nikah dengan mama you."

"Insya-Allah moga semuanya selamat dan all the best..."

Untuk rekod, Elisya Sandha dan Uzair yang merupakan anak kepada pasangan Sheila Rusly dan Jinggo telah selamat disatukan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dalam suasana yang sederhana dan serba ringkas.

Namun, hari istimewa itu tidak dapat dirai bersama ahli keluarga terdekat kerana hanya wali dan pasangan pengantin sahaja dibenarkan ketika akad nikah.

Apapun tahniah diucapkan buat kedua pasangan mempelai, moga masjid yang dibina  berkekalan hingga ke Jannah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen