Siap berpelukan atas motor, video promo tudung baru Aliff Syukri terima kritikan

Tindakan usahawan kosmetik, Alif Syukri sekali lagi menjadi perhatian dan bualan dalam kalangan netizen apabila video promo tudung barunya mempunyai unsur-unsur yang sedikit sensitif.

Video nak promo tudung baru, lain  pula jadinya

Perkara itu dapat dilihat menerusi perkongsian usahawan terbabit di Instagram yang menyaksikan video pendek bagi mempromosikan tudung keluaran terbarunya, namun lain pula yang jadi apabila ada adegan yang tidak sepatutnya seperti berjalan berpimpin tangan dan berpelukan mesra atas motor.

 

Bagi mereka, meskipun ianya hanya sebuah lakonan namun, semuanya masih terkait dengan batas dan pastinya akan mengundang pelbagai perspektif masyarakat di luar sana lebih-lebih lagi apabila mengetahui antara mereka tiada sebarang hubungan kekeluargaan dan sebagainya.

'Amboi Dato bukan main'

'Kenapa bukan dengan datin?'

'Adik Dato ke ni?'

'Apa masalah rakyat Malaysia ni?'

Bagaimanapun, Aliff Syukri kelihatannya tidak menerima kritikan dan teguran itu apabila dia membandingkan babak video pendeknya dengan drama-drama yang selalu ditayangkan di kaca televisyen sehingga berhasrat untuk berkongsi situasi di belakang tabir sepanjang pembikinan video berkenaan bagi menghentikan segala kritikan tersebut .

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen