Tiba-tiba laju 'cucuk' kereta depan, rupanya ambil kesempatan tak nak bayar tol

Pernah tak kita dengar tentang 'pembuli jalan raya' yang gemar melakukan masalah dan jelas sekali ia amat berbahaya kepada pengguna yang lain, namun gelaran apa pula yang perlu kita beri kepada mereka ini yang suka mengambil kesempatan ke atas orang lain ketika berada di tol.

Lepas H, Waja pula buat hal tak nak bayar tol

Mungkin belum pernah terjadi dalam kalangan kita tetapi ianya sudah berlaku kepada pemandu lain dan antaranya ialah pengguna Tiktok bernama jannahalias_sofea.

 

 

Dia telah berkongsi situasi bilamana sebuah kereta Proton Waja memacu laju mendekati keretanya apabila tiba di laluan bertol kerana ingin melepasinya tanpa perlu bayar.

Namun, Jannah sempat membuat helah membuatkan pemandu kereta di belakangnya tidak dapat melepasi palang tol berkenaan.

'Sedap je nak tol free'

Meninjau pula ke ruangan komen, rata-ratanya berpuas hati dengan tindakan Jannah dan dalam masa yang sama memberi pengajaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar peka dengan situasi seperti itu dan tahu cara untuk menanganinya.

'Benda yang salah jangan dihalalkan'

'Jarang jumpa perempuan berani'

 

'Macam mana kalau dia susah?'

Namun, ada juga yang berpendapat sebaliknya apabila merasakan bahawa mereka yang berbuat demikian pasti benar-benar dalam keadaan terdesak atau tiada wang mencukupi untuk melalui tol.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen