Enggan dedah identiti dan jumlah saksi, polis hanya maklum selesai ambil keterangan

Berikutan tular video dan dakwaan berhubung kes gangguan seksual seorang pendakwah terkenal, kini kes tersebut telahpun menjadi campur tangan pihak polis.

Selesai ambil keterangan saksi

Memetik laporan Harian Metro, polis sudahpun mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ustaz Ebit Lew.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman iaitu Datuk Seri Abd Jalil Hassan enggan mendedahkan identiti mangsa dan jumlah saksi yang tampil bagi membantu siasatan.

Jelasnya lagi, siasatan kes itu masih diteruskan dan pihak polis masih menunggau saksi lain tampil membantu siasatan.

"Masih belum ada perkembangan terbaru lagi, orang ramai yang ada maklumat boleh tampil."

Terdahulu, Ebit Lew telah dipanggil ke balai polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Namun begitu, Ebit Lew ketika ditemu bual media dilihat tenang mengulas segala kontroversi yang sedang menghimpitnya sekaligus mengakui bahawa ianya merupakan fitnah yang sangat kejam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen