"Setiap orang ada hak terima atau tolak vaksin..." -Oktovia Manrose

Meskipun negara kian mencapai sasaran imuniti kelompok, namun tak dinafikan masih ada segelintir pihak yang kekal dengan pendirian mereka untuk menolak daripada mengambil vaksin sehingga secara tak langsung tindakan mereka ini mengundang kecaman dan kritikan.

Masing-masing ada hak

Bagaimanapun, pelakon Oktovia Manrose turut tak ketinggalan untuk memberikan pandangannya terhadap keputusan sebahagian mereka yang menolak untuk mengambil vaksin ini.

"Alhamdulillah Allah bagi mudah... semoga kita semua dapat hak masing-masing. Vaksin atau tidak divaksin... kita ada hak untuk teruskan hidup macam biasa, jangan ada double standard."

"Maksud double standard tu daripada kita sesama sendiri, janganlah sampai berpecah belah kerana ada yang tak divaksin. Dia ada alasan sendiri kenapa tak nak vaksin dan kita kena hormat keputusan masing-masing."

Vaksin tak wajib

Tambah pelakon itu lagi, vaksin bukanlah sesuatu yang wajib bahkan ianya juga bukanlah penentu kepada kesihatan seseorang sebaliknya pematuhan SOP itu yang perlu dijaga.

"Vaksin tidak wajib dan vaksin bukan penentu kita sihat. Allah bagi sihat, Allah bagi selamat dan yakinlah pada Allah... Jadi semua yang dah vaksin atau tidak, prosedur operasi standard (SOP) tetap kena jaga dan kita semua berhak hidup."

Dalam pada itu, Oktovia dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa pandangan yang diusulkan bukan bermaksud menyokong kumpulan anti-vaksin sebaliknya dia hanya mahu masyarakat lebih terbuka menerima pendapat orang lain.

"Anti vaksin hanya untuk orang yang menghasut orang untuk divaksin, adakah saya mengajak untuk tidak ambil vaksin Tidakkan?Baca balik komen itu, sekali lagi saya vaksin tidak wajib, be open sikit."

"Kita semua sama-sama tawakal pada Allah. Vaksin atau tak semua berusaha  tawakal pada Allah. Saya pun berusaha juga tapi vaksin hanya satu pilihan dan tidak wajib."

"Saya tak nak kita berpecah belah sesama Islam, cuma fahamkan kenyataan saya itu mengenai hak masing-masing. Saya bukan nak bergaduh...just let you guys know saya berjangkit daripada orang yang divaksin ya, tapi Alhamdulillah 10 hari kuarantin sihat."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen