"Ini melibatkan maruah keluarga..." -Sheila Rusly buat laporan polis lepas anak menantu difitnah

Berang rumah tangga anak menantunya terkait dengan Janna Nick, pengarah dan penerbit Sheila Rusly mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut kepada campur tangan pihak polis.

Selesai buat laporan

Perkara itu telah dikongsikan oleh Sheila Rusly sendiri di laman Instagram beserta kapsyen yang memaklumkan bahawa hasratnya sebelum ini bukanlah hanya sekadar ucapan kosong

 

"Saya tak main-main bila melibatkan maruah keluarga."

 

Terdahulu, pengarah tersohor itu ada berkongsi hantaran di akaun media sosial yang menyaksikan dakwaan berhubung status hubungan anak sulungnya Haq dengan pelakon Janna Nick yang tidak kesampaian.

Jelas kenyataan itu Sheila Rusly berhasrat untuk 'kenen' kan pelakon itu dengan anaknya tetapi tidak menjadi lalu anaknya berkahwin pula dengan Elisya Sandha.

Bagaimanapun, Sheila Rusly mengambil serius perkara tersebut dan menganggapnya sebagai satu fitnah ke atas dirinya serta keluarga sekaligus mengeluarkan amaran agar mana-mana pihak di luar sana tidak membuat spekulasi seperti itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen