Gara-gara samakan kemaluan isteri dengan ikan masin, Galih tanggung rindu tak dapat jumpa anak

Tindakan seorang selebriti Indonesia, Galih Ginanjar akhirnya memakan diri apabila dia bukan sahaja dikenakan hukuman penjara bahkan juga terpaksa menanggung rindu setelah sekian lama tidak bertemu dengan anak kandungnya.

Menyesal aibkan bekas isteri

Bagi yang mungkin tertanya-tanya punca penahanan ke atas Galih, sebelum ini dia telah ditahan atas kesalahan menghina bekas isterinya dengan menyamakan kemaluannya seperti bau ikan masin.

Namun begitu, selepas dibebaskan pada awal tahun lalu, Galih akui menyesal dengan apa yang dilakukan dan ingin memohon maaf.

Jujur rindu anak

Memetik sumber dari portal Kapan.Lagi, Galih akui terlalu merindukan anaknya tetapi bekas isterinya telah menukar nombir telefon sementara Direct Message (DM) di Instagram juga tidak dibalas.

"Kalau telefon atau video call dah tak ya sebab aku tak tahu nombor baru dia."

"Kali terakhir berbual ketika chat di Instagram, mohon maaf dan minta izin untuk berjumpa untuk sambut ulang tahun Faaz."

Tapi malu nak jumpa

Dalam pada itu, Galih ketika ditemu bual dilihat gagal menahan sebak apabila mengungkapkan rindu terhadap satu-satunya anak dengan bekas isteri, Fairuz A Rafiq tetapi apabila mengenangkan kembali perbuatannya dahulu, dia jadi malu.

"Spontan, kalau cakap pasal Faaz aku sedih kerana belum boleh jadi ayah yang baik untuk dia. Lepastu aku belum boleh bersama dia dan tak boleh jumpa dia, jujur aku malu."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen