7 bulan bersengkang mata belajar, Lan Pet Pet kini bergelar seorang pembantu peguam

Nampak macam 'gila-gila', maklumlah semua mengenalinya sebagai seorang pelawak namun siapa sangka dalam diamnya sudah selesai 7 bulan menuntut ilmu sebagai seorang pembantu peguam sebelum Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad memulakan tugas baharunya, hari ini.

'Setiap perjalanan hidup perlukan latihan'

Jelas pelawak itu, selama 7 bulan yang diperuntukkan itu digunakan sebaiknya untuk berlatih dalam selok belok pekerjaan baharunya dengan mempelajari etika berpakaian, bercakap dan juga ketika berada di dalam kamar mahkamah.

"Setiap perjalanan hidup perlukan latihan yang akan membuatkan kita lebih mahir dalam sesuatu bidang yang ingin diceburi."

"Sepanjang tujuh bulan mengharungi latihan, saya kini sudah lulus dan ini hari pertama memulakan tugas sebagai pembantu kas syarikat guaman."

'Dia gunakan 7 bulan sebaik mungkin'

Selain itu, menurut Peguan Datuk Dr Aswandi Hashim dari Aswandi Hashim & Co yang juga merupakan sahabat sejak kecil Lan Pet Pet, tempoh tujuh bulan yang diberikan kepada Mazlan digunakan sebaik mungkin untuk menyesuaikan diri dan kerja barunya.

"Pada Peringkat ini, Mazlan dianggap sudah lulus, namun saya memberikannuya kontrak setahun buat dia untuk lebih mendalami selok belok undang-undang."

"Mazlan memberitahu dia memang minat dengan undang-undang, namun tidak menemui orang sesuai untuk mengajarnya dan disebabkan itu saya memintanya menjalani latihan terlebih dahulu selama tujuh bulan."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen