Gara-gara tangan pengantin 'keras', MUA terpaksa ambil alih sesi 'photoshoot'

Ragam bakal pengantin di hari bahagia sering menjadi perhatian. Ada saja gelagat mereka di belakang tabir baik dari pihak lelaki mahupun perempuan.

Tangan pengantin 'keras' nak buat gaya

Begitu juga yang dilalui oleh pengantin ini di hari bahagianya dan  moment tersebut dikongsikan oleh jurusolek pengantin itu di akaun Tiktok dengan menggunakan nama Andi Maryam.

MUA serba boleh

Dia yang memang ada dari awal hingga selesai telah banyak memudahkan urusan pengantin perempuan bukan sahaja melibatkan urusan solekan bahkan juga ketika sesi fotografi.

Menerusi perkongsian tersebut, dia telah menjadikan tangannya sebagai ganti ketika sesi fotografi pengantin perempuan kerana menurut mereka tangan pengantin agak keras untuk menggayakannya di depan lensa kamera.

"Luar biasa kreatifnya"

Tindakan tersebut juga secara tak langsung menjadi perhatian dan dipuji kerana kagum dengan kebolehannya sebagai seorang MUA yang profesional.

 

"Moga sukses selalu"

Dalam pada itu, rata-ratanya turut mendoakan kejayaan buat MUA berkenaan agar sikap baik hatinya menjadikan dia seorang jurusolek yang berjaya di masa akan datang

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen