'Baby bump' Wawa Zainal jadi tanda tanya, rupanya sah mengandung anak ke-4

Aeril Zafrel menerusi hantaran terbaharunya di Instagram berkongsi khabar gembira kepada peminat bahawa dia dan Wawa Zainal bakal menimang cahaya mata ke-4 tidak lama lagi.

Aeril, Wawa bakal timang cahaya mata ke-4

Video pendek yang dimuat naik oleh pelakon berkenaan menyaksikan moment-moment Wawa Zainal sepanjang berada di fasa kehamilannya.

 

Mohon doa dipermudahkan

Perkongsian itu turut disertakan dengan kapsyen yang meminta doa orang ramai agar mendoakan isterinya selamat untuk bersalin tidak lama lagi.

"Moga Wawa Zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima Kasih sayang, jangan tutup kilang dulu ya."

Sebelum ini, kehamilan Wawa Zainal dapat dihidu oleh peminat menerusi muat naik gambar sempena ulang tahun kelahiran anak sulung mereka, Attar namun, perkara tersebut tidak disahihkan oleh tuan empunya badan.

Sedar tak sedar rupanya Wawa Zainal sedang menghitung hari ingin melahirkan, pandai sorok ya. Apapun didoakan agar urusan bersalin anak ke-4 ini dipermudahkan. Tahniah !

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen