Barisan kabinet Ismail Sabri bakal angkat sumpah Isnin ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan pelantikan barisan baru kabinet menteri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Kesemua barisan menteri yang telah dilantik akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Shah Billah, pada jam 2.30 petang, Isnin ini, di Istana Negara.

Untuk makluman, barisan kabinet yang baru merangkumi 31 menteri dan 38 timbalan menteri serta buat kali keduanya dalam sejarah tidak menamakan timbalan perdana menteri.

Malah, hampir 80 peratus menteri lama dalam kerajaan terdahulu termasuk empat menteri kanan.

Terdahulu, Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu lalu di Istana Negara.

Beliau menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen