"Assalamualaikum..." -KJ beri salam kepada pegawai larang rakam di PPV

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular video seorang lelaki yang berkongsi pengalamannya dihalang untuk membuat rakaman ketika menerima vaksin.

Pegawai tak bagi rakam

Menerusi perkongsian lelaki yang dikenali sebagai @Winraffm, rakaman berkenaan diambil untuk tatapan ahli keluarga malah dia juga telah mendapat kebenaran daripada petugas yang menjalankan suntikan.

Berdasarkan video yang dikongsikan itu, dia dilihat agak tergamam selepas salah seorang pegawai menegur dan menutup kamera telefon bimbitnya daripada merakam.

Tindakan itu diambil oleh pegawai berkenaan dengan alasan Khairy Jamaluddin telah meletak jawatan, selain KKM telah menetapkan prosedur yang baharu.

“Tak boleh rakam, KJ dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh merakam.”


"Assalamualikum."

Bagaimanapun, KJ yang baru sahaja menyandang jawatan Menteri Kesihatan dilihat membalas ciapan tersebut selepas anggota kabinet menteri yang baharu diumumkan.

Tweet tersebut telah mendapat perhatian ramai hingga lebih 22.6 ribu ulang ciapan namun, masih belum ada sebarang penjelasan dari pihak PPV terlibat.

Tweet ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang menyifatkan perkara tersebut seharusnya dijadikan pengajaran kepada orang ramai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen