“Kalau ada jodoh, saya akan cari yang level-level saya..." -Dato Seri Vida

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada ke lelaki nak saya? Itulah soalan pertama yang dilontarkan oleh usahawan terkenal, Dato Seri Vida dalam hantaran terbaru di Instagram miliknya selepas terdapat khabar angin bahawa dirinya bakal berkahwin lagi.

Menerusi posting berkenaan, DSV memaklumkan bahawa dia akan mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi sekiranya berpeluang mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Saya nak cari yang level dengan saya

Mesra dengan panggilan DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, dia menyatakan bahawa ketika ini lebih memberi keutamaan kepada anak-anak dan juga peniagaannya.

“Ada ke lelaki yang nak dekat saya? Tengoklah saya jenis brutal (lasak) gini (macam ini). Semua buat, takut lari saja nanti. Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa, anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya.”

-Dato Seri Vida

 

Menerusi muat naik di Instagram, DSV menyatakan dia tidak menolak sekiranya berjodoh lagi namun akan mencari seseorang yang setaraf dengannya.

“Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti).” 

Untuk makluman, sebelum ini DSV pernah mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014, namun bercerai pada 7 April 2017.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen