"Saya takut!" -Aisar Khaledd mohon doa, ibu dijangkiti Covid-19 'stage 2'

Rasa sedih menyelebungi personaliti media sosial, Aisar Khaledd sekeluarga ketika ini apabila ibunya disahkan positif Covid-19 peringkat kedua.

Demam on off lepas vaksin

Memetik laporan mStar, Aisar memberitahu bahawa ibunya kurang sihat sejak dua hari lalu sehinggalah keputusan ujian calitan (swab test) mendapati dijangkiti virus berkenaan.

"Ibu mula demam dan tak sihat selepas menerima suntikan vaksin dos kedua minggu lepas, tapi semasa itu hanya demam on off sahaja. Dua hari lepas dia demam semula, jadi semalam saya bawa ibu buat swab test."

"Barulah tahu ibu sudah dijangkiti Covid-19. Sebelum ini ibu tak keluar pergi mana-mana pun, hanya di rumah dan sesekali ke kedai berdekatan membeli barangan dapur."

"Tak tahu dari mana ibu dapat jangkitan ini. Alhamdulillah buat masa ini, ibu masih okay dan hanya mengalami simptom ringan."

-Aisar Khaledd-

"Doakan buat mama saya..."

Dalam pada itu, Aisar turut berkongsi video pendek di laman Instagram yang menyaksikan detik ibunya dibawa oleh ambulans untuk menjalani kuarantin dan pengasingan dengan ahli keluarga yang lain.

"Saya tak pernah rasa kehilangan orang tercinta."

Selain itu, Aisar turut memohon doa orang ramai agar ibunya diberi kesembuhan dan dia turut akui dengan keadaan yang menimpa ibunya ketika ini.

"Saya takut! Saya tak pernah rasa kehilangan orang tercinta. Tapi saya reda mungkin ini ujian Allah bagi tanda sayang pada kita."

"Pesan saya kepada yang ada ibu tu hargailah mereka, berbuat baiklah dengan keluarga. Mungkin ujian ini akan buatkan saya lebih menghargai orang sekeliling."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen