Umum jantina anak, Ayda Jebat & Nabil Mahir bakal timang 'baby girl'

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak mahu peminat berteka teki lagi, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir mengumumkan jantina bayi mereka yang bakal lahir pada penghujung bulan depan.

"It's a girl!"

Berkongsi video di saluran YouTube Wuvv Show, Ayda dan Nabil membuat pengumuman di hadapan anggota keluarga mereka di rumah serta sahabat-sahabat terdekat secara virtual.

Pilih bersalin secara pembedahan

Memetik laporan Harian Metro, Ayda juga berkongsi hasratnya untuk menjalani proses bersalin menerusi pembedahan.

"Sebenarnya, sebelum berkahwin pun saya dah beritahu Nabil, kalau ada rezeki untuk menimang cahaya mata, saya nak bersalin menerusi pembedahan.

"Nabil okay saja. Saya pun tak ada sebarang alasan atau apa, tapi saya sendiri yang memilih untuk bersalin menerusi pembedahan," katanya.

Katanya lagi, doktor yang merawatnya sepanjang proses kehamilan juga bertanya untuk mendapatkan kepastian mengenai keputusan saya itu.

"Doktor pun ada tanya, dan saya tetap beri jawapan saya. Tak ada alasan. Yang penting, bayi sihat, saya pun sihat," tambahnya.

Baby belum ada nama

Dalam pada itu, Ayda dan Nabil masih belum membuat sebarang keputusan, namun mengakui sudah ada menyenaraikan beberapa nama.

Untuk makluman, Ayda dijangka bakal bersalin pada 8 Oktober depan, namun kerana dia memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Terdahulu, pasangan Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen