"Nak solat sama & pegang tangan isteri sebelum saya mati..." - Zul Ariffin

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak kenal dengan jejaka idaman Malaya, Zul Ariffin yang sentiasa berjaya menambat hati setiap gadis di Malaysia ini.

Sebelum ini, pelakon berusia 35 tahun itu ada mencurahkan rasa hati apabila dirinya turut terkesan dengan Pandemik yang melanda negara.

Baru-baru ini, tular pula sesi live Instagram yang berjaya dirakam oleh peminatnya sebelum memuat naik kambali ke platform TikTok.

Nak pergi sebagai suami orang

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @goldenroses, dapat dilihat pelakon kacak itu menjawab pertanyaan bilakah dirinya akan mendirikan rumah tangga.

Menjawab soalan tersebut, Zul mengakui bahawa dia menjadi tumpuan disebabkan dirinya adalah pelakon, malah jika dia ingin berkahwin dia hanya ingin solat bersama isterinya.

“Kalau saya berkahwin, perkara yang ingin dilakukan ialah solat bersama dan memegang tangan isteri. Itu yang hendak dilakukan sebelum saya mati.

“Sebelum saya mati, saya nak mati sebagai suami orang. Itu sahaja,” tambahnya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak akan pengakuan pelakon berkenaan. Malah, mereka turut mengakui apa yang dikatakan itu adalah idaman bagi setiap wanita.

Selain, berharap isterinya kelak akan menjaganya dengan sebaik mungkin.

Tolong jaga dia dengan baik

Dia akan jadi suami hebat

Ini yang diidamkan wanita

Sebak pulak rasanya

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen