Lancar koleksi Malaysia, Fazura sebak 80,000 tudung 'sold out' dalam tempoh dua jam

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, pelakon jelita Nur Fazura telah melancarkan koleksi tudung bawal terbaru yang bertemakan Cakna Malaysia telah mendapat sambutan hangat hingga berjaya ‘sold out’ dalam masa dua jam.

Menerusi laman Instagram isteri kepada kepada aktor, Fattah Amin ini dia turut menggayakan beberapa helaian koleksi tudung yang baru dilancarkan itu.

"Terima kasih bantu..."

Malah, baru beberapa jam dilancarkan, tudung tersebut telah terjual sebanyak 80,000 helai dalam masa sehari sekaligus sangat mengagumkan.

Dalam video yang dikongsikan itu juga, , Fazura mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membeli koleksi terkini tudungnya kerana perkara itu turut membantu peniaga-peniaga kecil lain.

“Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga kecil yang hilang mata pencarian.” – Fazura

Dia yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan tudung pada Julai lalu, tidak dapat menahan emosi apabila ramai yang memberikan sokongan terhadap tudung keluarannya sekali gus membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kenapa saya jual RM27, sekali lagi, saya nak semua orang mampu untuk beli. Kita nak bantu, kalau saya nak kaut untung boleh sahaja saya jual mahal lagi.”

“Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat dibantu. Kebanyakan daripada mereka kaum wanita, ibu, ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macam dugaan yang mereka hadapi.”


Perkara ini juga mendapat perhatian warganet di Twitter yang memuji pelakon tersebut selaon menyifatkan harga yang ditawarkan begitu mampu milik.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa kecewa apabila tidak sempat menyanbar sehelai pun koleksi tersebut kerana telah ‘sold out’.

Selalu kongsi rezeki dengan orang

Jual murah pun untung

Tak sempat nak 'grab'

Tudung dia lawa

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen