Dikecam pilih bersalin secara 'czer', Ayda Jebat minta hentikan aura negatif.- "Normal atau bedah tujuannya sama."

Oleh: Zuzu Yasmine

Bakal menimang cahaya mata perempuan pada Oktober depan, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memaklumkan bahawa dirinya memilih untuk melahirkan bayi perempuan secara pembedahan Caesarean Section.

Difahamkan, keputusan yang diambil itu tiada kena mengena akan kesihatan ibu atau bayinya namun, itu keinginannya sejak sebelum berkahwin lagi.

Teruk dikecam netizen

Bagaimanapun, keputusan tersebut seakan tidak diterima baik oleh segelintir netizen yang mempersoalkan pilihan yang dibuat oleh aktor bekenaan.

Tak kisah mana-mana pun tetap ibu

Dalam posting terbaru Ayda, dia meminta agar masyarakat memandang negatif terhadap wanita yang memilih atau terpaksa bersalin menerusi pembedahan.

Selain menyatakan bahawa seseorang wanita tetap ibu walaupun apa pilihan yang dilakukan.

"Normal atau pembedahan, tujuannya sama iaitu nak anak dan ibu selamat dan sihat. Doa yang baik-baik, hentikan aura negatif! Kita perlu sokongan, bukan cemuhan.

"Keluar (bersalin) kat mana pun, beri susu badan atau tak, tak ada parut regangan (stretch marks) atau tak, perut kecil atau besar semasa mengandung, tolong ingat. Anda masih seorang ibu dan seorang ibu sejati. Tak kisahlah apa pun," tulisnya.

Ibu-ibu Czer jangan malu

Isteri kepada pengacara, Nabil Mahir itu juga memberi semangat kepada wanita-wanita yang memilih atau terpaksa bersalin menerusi pembedahan agar tidak malu, sedih atau tertekan dengan persepsi masyarakat.

"Kepada ibu-ibu yang pilih atau memang terpaksa menjalani pembedahan atas faktor kesihatan dan keselamatan bayi serta diri anda, tolong jangan malu, sedih atau tertekan.

"Ada yang sampai rahsiakan kena bedah sebab takut dan malu diketawakan dan diperlekehkan oleh ibu yang bersalin normal. Kenapa sampai jadi begitu?" tulisnya lagi.

Semalam, Ayda dan Nabil mengumumkan bahawa mereka bakal menimang bayi perempuan menerusi saluran YouTube Wuvv Show.

Untuk makluman, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga 1 Januari lalu selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen