"Hidup jangan sampai tongkat langit..." -Nazri Aziz umum bersara dari dunia politik

Oleh: Zuzu Yasmine

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan persaraannya dari arena politik sekali gus tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, keputusan tersebut diambil bagi membolehkan peluang diberikan kepada pemimpin muda.

“Hidup kita jangan sampai menongkat langit, jangan sampai orang tunjuk pintu keluar.

“Saya rasa sudah sampai masa untuk saya bersara dan memberi peluang kepada pemimpin muda,” katanya.

Beliau turut memaklumkan keputusan dibuat berdasarkan penyesuaian dengan keadaan yang mana kepimpinan kerajaan dibarisi pemimpin muda.

“Ini masa yang sesuai kerana kepimpinan kerajaan sudah dibarisi pemimpin muda.

“Jadi ia juga perlu dibuat di peringkat akar umbi. Saya mahu pemimpin muda akan mengisi kekosongan saya,” katanya lagi.

Untuk makluman, Nazri merupakan pemimpin UMNO yang sering menimbulkan kontroversi dengan kenyataan yang dibuatnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen