"Ziarah kubur sebenarnya tak jadi isu dan dibenarkan" -Ketua Pengarah MKN

Selepas setahun bergelut dengan pendemik Covid-19, disusuli pula dengan pengenalan garis prosedur operasi standard(SOP) yang perlu dipatuhi, kini pihak Majlis Keselamatan Negara memaklumkan beberapa kelonggaran.

Memetik laporan Harian Metro, aktiviti ziarah kubur di luar waktu perayaan Aidilfitri atau Aidiladha adalah dibenarkan mengikut  SOP am ditetapkan pihak berkuasa.

Tiada isu aktiviti ziarah kubur

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu Datuk Rodzi Md Saad berkata, tiada SOP khusus mengenai ziarah kubur di luar waktu perayaan.

"Sebelum ini, kita ada SOP ziarah kubur yang dikaitkan dengan sambutan perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. Dalam keadaan di luar perayaan itu, ziarah kubur sebenarnya tidak menjadi isu dan dibenarkan."

"Yang penting adalah setiap mereka yang menziarah kubur perlu memastikan supaya penjarakan fizikal satu meter diamalkan serta memakai pelitup muka."

-Rodzi Md Saad-

Sentiasa jaga kebersihan

Dalam pada itu, beliau turut berpesan agar mereka yang menziarah kubur sentiasa menjaga kebersihan.

"Justeru itu, menziarah kubur adalah dibenarkan dan ia mesti tertakluk kepada SOP am dikeluarkan kerajaan dari semasa ke semasa."

-Rodzi Md Saad-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen