Lepas 6 bulan ikat tali pertunangan, Harith Zazman sah bergelar suami dengan sekali lafaz

Dengan sekali lafaz, Harith Zazman kini sah bergelar suami kepada suri hati pilihannya pada Sabtu.

"Alhamdulillah, sah akhirnya..."

Khabar gembira itu telah dikongsikan olehnya di laman Instagram dengan kapsyen ringkas dan lafaz syukur akhirnya selamat disatukan selepas 6 bulan mengikat tali pertunangan.

"Alhamdulillah, sekali lafaz. Bergelinang air mata semasa saksi sebut "sah", akhirnya saya ada isteri untuk saya puji kecantikannya hari-hari."

Terdahulu, pelantun lagu 'Cute' (Stop Lah Being So Cute) itu telah mengumumkan pertunangannya pada Mac 2021. 

Bagaimanapun, siapa sangka gadis bertuah itu juga merupakan watak tambahan dalam muzik videonya, Nuramalina Ghakashah.

Selamat Pengantin Baru diucapkan buat kedua-duanya.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen