"Salah guna kuasa ni..." -Fizo Omar ulas isu suami 'Anti-vaksin' larang isteri ambil vaksin

Muat naik hantaran penceramah, Dr Mohd Izhar menjadi perhatian dan telah tular di media sosial sejak semalam.

Ianya adalah berkaitan talak yang dijatuhkan ke atas isterinya sekiranya dia ingkar arahan suami yang meminta agar pasangannya tidak mengambil vaksin.

Fizo Omar ulas isu talak suami #antivaksin

Pun begitu, pelakon Fizo Omar dalam perkongsiannya di Instagram tampil mengulas perkara tersebut sekaligus menggariskan beberapa panduan yang diperoleh daripada gurunya berhubung situasi itu.

 

 

"Awak salah guna kuasa, bro"

Menurut Fizo, lelaki berkenaan tidak seharusnya bertindak yang demikian lebih-lebih lagi dengan cara menggunakan kuasanya sebagai seorang suami dalam berbuat sebarang keputusan.

"Abe Joe tak boleh sentuh pasal hukum ni, tapi sebagai lelaki awak salah guna kuasa sebagai seorang suami tu bro..."

Tak nak sentuh bab hukum

Bercerita pula tentang hukum, pelakon terbabit tidak mahu berhujah secara berlebihan tetapi dia berpendapat bahawa isu antivaksin ini tidak sepatutnya wujud kerana ia juga sudahpun diiktiraf oleh orang yang pakar bahkan juga dalam kalangan ulama'.

"Persoalannya kenapa masih wujud lagi isu #antivaksin ni?"

"Lagipun pihak Agama, Kesihatan di negara kita dan seluruh dunia sudah pun iktiraf  dan sahkan vaksin ni halal dan harus diambil."

-Fizo Omar-

Bagaimanapun, menjengah ke segenap ruangan komen kebanyakkannya berharap agar ilmuwan yang pakar dapat tampil untuk menjelaskan situasi yang sedang dihadapi oleh wanita itu dan suaminya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen