Tular, warga emas gigih berdiri tanpa bantuan sebelum rebah maut di lantai hospital

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular sejak semalam akan video seorang warga emas dipercayai dijangkiti Covid-19 merangkak di atas lantai dan memaut pada katil untuk berdiri sebelum rebah.

Video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook (FB) itu menunjukkan pesakit terbabit yang tidak berbaju dan hanya berkain berjalan dalam keadaan lemah sebelum dia terjatuh.

Dalam rakaman video tersebut juga, lelaki tersebut dilihat sangat lemah dan cuba berdiri dengan memaut pada katil pesakit lain sebelum rebah tanpa seorang pun datang membantunya.

Warga emas berkenaan terbaring di lantai dipercayai sehingga dia menghembuskan nafas terakhri kira-kira 40 minit kemudian bersama beg air kencingnya di sebelahnya.

Menurut pemilik laman Facebook yang tidak diketahui sama ada mempunyai ikatan keluarga atau sebaliknya meninggalkan hantaran yang mendakwa pihak hospital bersikap sambil lewa tanpa memberikan bantuan kepada mangsa.

Antara kandungan petikan yang ditulis pemilik FB terbabit mendakwa walaupun sudah hampir setengah jam mangsa jatuh, namun doktor dan jururawat bertugas tidak peduli dan gagal mengambil tindakan serta merta.

Malah, pemilik akaun FB itu dalam tulisannya juga mendakwa apabila pesakit lain melaporkan kejadian itu kepada jururawat, mereka pula disuruh petugas kesihatan melakukan pemeriksaan terhadap pesakit yang jatuh berkenaan.

Arahan itu didakwa diberikan jururawat kepada pesakit yang membuat laporan bagi memastikan mangsa yang terjatuh itu masih bernyawa atau tidak.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo, berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung isu ini.

"Kita masih mengumpul maklumat lengkap dengan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dari pelbagai aspek.

"Setakat ini, apa yang hanya saya boleh sahkan video yang tular itu lokasinya memang di hospital lama," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kes kematian pesakit terbabit.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen