Ibu dibenarkan pulang, Achey tak sangka semangat juang ibu kuat lawan Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak sabar menanti kepulangan ibunya ke rumah selepas lebih 20 hari mendaoarkan rawatan di Hospital Segamat susulan dijangkiti Covid-19, pelawak terkenal, Achey bersyukur keadaan ibu semakin membaik.

Menerusi laporan Harian Metro, ibu kepada pelawak berkenaan, Ngaisah Hassan dijangka bakal pulang ke rumahnya hari ini selepas semakin pulih daripada Covid-19.

"Berita baiknya, pagi tadi (semalam) saya dimaklumkan emak mungkin boleh balik ke rumah esok (hari ini). Tapi, saya tak pasti lagi. Namun, alhamdulillah emak sekarang sudah dipindahkan ke wad biasa dan dia tak duduk di wad Covid-19 lagi.

"Emak memang sangat-sangat kuat dan saya sekeluarga amat gembira dengan perkembangan kesihatannya yang semakin baik dan kembali pulih daripada wabak berbahaya itu.

"Boleh dikatakan emak adalah salah seorang berada dalam kelompok kecil yang mampu bertahan melawan Covid-19 itu walaupun keadaan kesihatannya sebelum ini kurang baik dengan penyakit pankreas dihidapi," katanya.

Menurut pelawak berusia 35 tahun itu, dia tidak sangka semangat juang ibunya sangat tinggi untuk terus kuat melawan virus itu dan kini kembali pulih.

"Emak memang hebat. Dengan penyakit sedia ada dihidapinya yang kronik dia masih boleh melawan Covid-19 dengan semangat, kekuatan dan ingatannya yang sentiasa ingat kepada Allah SWT.

"Saya rasa itu di antara apa yang diamalkan oleh emak," luahnya.

Malah, Achey juga memaklumkan bahawa dia sudah mengusahakan membeli mesin oksigen sendiri untuk kegunaan ibunya apabila dibenarkan pulang ke rumah nanti.

Tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga pada masa kecemasan sekiranya ibunya didapati mengalami masalah pernafasan di rumah.

Terdahulu, ibu Achey disahkan positif Covid-19 pada 3 Ogos lalu bersama kakak dan abangnya menerusi keputusan ujian saringan dibuat mereka.

Selepas itu, beberapa lagi anggota keluarga yang lain turut dijangkiti virus itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen