Kejutan ‘anniversary’ ketujuh, Eina Azman & suami disahkan positif Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Kes harian jangkitan Covid-19 sememangnya sangat membimbangkan orang ramai. Malah, virus ini dikatakan mampu menyerang sesiapa sahaja tanpa dikesan gejalanya.

Eina, suami dan bibik positif

Terbaru, pelakon manis, Datin Paduka Eina Azman memaklumkan bahawa beliau bersama suami dan dua orang pembantunya disahkan positif Covid-19.

Menerusi posting di Instagram, mereka sekeluarga kerap melakukan ujian saringan Covid-19 malah beliau sendiri juga baru sahaja membuat swab test semasa menerima rawatan di hospital.

Namun, beliau tidak sangka dalam masa seminggu sahaja beliau dan keluarga dijangkiti wabak tersebut.

Anak dan kakak negatif

Bagaimanapun, beliau lega apabila anak-anak dan kakaknya disahkan negatif wabak berkenaan.

Oksigen turun naik

Bagaikan hilang kata-kata apabila perkara tersebut terjadi pada ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh bersama suami tercinta, Datuk Paduka Kaiser.

Mengenai keadaannya terkini, Eina memaklumkan bahawa beliau dan suami mengalami demam tinggi dan bacaan oksigen juga masih turun naik.

“Sekarang saya dah mula demam panas n dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang ok sebab demam terlalu panas n oxygen dia turun naik...”


Mohon doa semua dan jaga kesihatan

Dalam pada itu, beliay berharap orang ramai mendoakan kesihatannya, suami dan bersama dua pembantu rumahnya yang kini sedang jalani kuarantin.

Eina juga berharap orang ramai agar terus menjaga kesihatan dan kerap melakukan ujian saringan apabila terasa kurang sihat.

“Saya minta tolong semua doa kan untuk kami sekeluarga bersama bibik2 semua kembali sihat seperti biasa.

Kepada sesiapa yang close contact dengan kami if rasa tak sihat tolong pergi swab test ya.  If anyone yang ada experience dengan covid tolong share kalau ada apa2 petua yang boleh kami amalkan.”

Semoga Eina Azman, suami dan bibiknya segera sembuh dari wabak berkenaan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen