Akui rindu keluarga, Caprice dedah nikmati hari-hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelbagai kontroversi yang melanda, tapi itu tidak mematahkan semangat penyanyi rap ini untuk bergiat aktif melunaskan misinya di Jordan.

Terbaru, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mengakui rasa rindunya terhadap tanah air terutama pada keluarga dan perniagaannya.

Perkara tersebut diluahkan oleh influencer berkenaan selepas menerima pertanyaan dari pengikutnya di Instastoty miliknya.

“Tentunya saya ingin balik ke Malaysia. Saya merindukan keluarga, perniagaan dan permainan saya.

“Tetapi itulah, saya harap dapat tinggal di sini (Jordan) lebih lama sebab telah banyak kami lakukan untuk misi di sini, saya harap saya dapat lakukan lebih banyak lagi. Saya akan tetap kembali ke sini, Insya-Allah.” – Caprice

Dalam pada itu, Caprice sempat memaklumkan keadaannya semakin sihat setelah dimasukkan ke hospital di Jordan akibat demam dan serangan panik.

“Alhamdulillah, saya rasa lebih sihat. Cuma doktor suruh rehat. Tetapi disebabkan ini adalah hari-hari terakhir saya di Jordan, saya perlu berikan yang terbaik. Insya-Allah sebelum saya naik kapal terbang, saya akan muat naik kesemua video saya.”

Menerusi ruang Instastory itu juga, Caprice mengakui sejak dirinya menjadi tular, dia bertemu rakan-rakan baharu di Jordan yang banyak membantunya menjayakan misi menuju ke Al Aqsa.

“Sejak lagu koyak dan sesi live Instgram saya bersama pempengaruh askar Israel itu menjadi tular, kita bertemu ramai sahabat baharu di sini. Jadi, banyak perjumpaan dan mesyuarat dilakukan dan anda akan melihatnya nanti.”

Apa-apa pun semoga urusan Caprice dipermudahkan dan dapat pulang ke Malaysia dengan segera.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen