Hadir mesyuarat pertama sebagai Menteri Kesihatan, netizen puji sikap dedikasi KJ. -"Public holiday pun kerja."

Oleh: Zuzu Yasmine

Tanggal 31 Ogos adalah cuti umum buat negara memandangkan tarikh tersebut adalah hari kemerdekaan tanah air.

Meskipun ada yang berkerja pada hari ini namun tentunya lebih ramai yang tidak berkerja dan menyambut Hari Kemerdekaan di rumah sahaja.

"Pengerusi mesyuarat pertama..."

Walau bagaimanapun, Khairy Jamaluddin (KJ) merupakan Menteri Kesihatan yang baharu dilaporkan telah mempengerusikan mesyuarat pertama bersama pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya.

Perkara tersebut telah dikongsikan olehnya di laman Twitter miliknya dengan memuat naik suasana mesyuarat tersebut.

Difahamkan, mesyuarat tersebut telah dihadiri YB Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia I, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia II, YBhg. Dato' Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha KKM, dan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

"Merdeka Day pun turun medan terus bekerja!"

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai pengguna laman Twitter itu memuji akan semangat dan kecekapannya untuk bertindak terutama dalam situasi Pandemik Covid-19 ini.

Steady YB!

Inilah erti merdeka sebenar

All the best YB!

Contoh yang baik YB

 

Untuk makluman, semalam merupakan upacara istiadat mengangkat sumpah pelantikan jawatan menteri baharu dibawah pimpinan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen