"Kamu telah merdeka dari perut ibu..." -Issey, isteri selamat timang cahaya mata lelaki

Sempena hari ulang tahun kemerdekaan yang ke-64, pelakon dan juga pengacara radio, Issey Faszlisham berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat bersalin.

"Kamu telah merdeka dari perut ibu"

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Issey di laman Instagram beberapa jam selepas selesai proses melahirkan.

Selain meluahkan rasa syukur di ruangan kapsyen, Issey turut tidak berteka teki untuk berkongsi kepada peminat jantina anaknya.

"Kamu telah merdeka dari perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama..."

"Puteraku, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga..."

Di kesempatan itu, rata-rata peminat dan rakan artis turut tak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah buat Issey dan pasangan di samping mendoakan kebahagiaan yang berkekalan buat mereka sekeluarga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen