"Saya takut, tolong doakan saya supaya tak intubasi..." - Aishah akui emosi terganggu

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, penyanyi terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah disahkan positif Covid-19 malah dia juga mempunyai masalah asma.

Terbaru, penyanyi berusia 56 tahun mengakui emosinya agak terganggu apabila paras oksigennya turun mendadak hari ini.

Katanya, keadaan itu menjadi kebimbangnya apabila melihat seorang pesakit di hadapan katilnya dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk ditidurkan.

"Ya Allah, mental tak kuat hari ini apabila pesakit di hadapan saya dibawa naik untuk ditidurkan.

"Pagi tadi paras oksigen saya pada kadar 98 peratus dan mereka (kakitangan hospital) cuba hendak buka. "Apabila pergi ke tandas dan balik semula ke katil, paras oksigen turun mendadak 88 peratus. Selepas guna semula alat bantuan pernafasan, barulah paras oksigen meningkat 95 peratus

"Teman-teman, tolong doakan saya supaya tidak menjalani prosedur seperti itu (intubasi).” - Aishah


Malah tanpa berselindungm dia juga mengakui tidak bersedia mengharungi situasi berkenaan kerana membabitkan antara hidup dan mati.

"Saya takut. Saya masih ada banyak tanggungjawab kepada keluarga, anak-anak dan hal lain yang masih belum diselesaikan.

"Sangat mengharapkan doa kawan-kawan supaya saya tidak melalui prosedur itu. Ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar bahasa dan sebagainya.” - Aishah

Melihat ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya memberi kata-kata semangat buat dirinya dan berharap penyanyi berkenaan terus kuat berdepan dengan ujian tersebut.

"Be strong."

Moga cepat sembuh

Moga dipermudahkan

Sebelum ini, Aishah disahkan positif Covid-19 selepas mengalami gejala demam panas dan semput. Kini, Aishah sedang mendapatkan rawatan di hospital Ampang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen