"Berkawan baik sejak usia 14 tahun, saya terfikir mana pergi persahabatan..." - Syura

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih belum nampak penghujungnya kemelut yang melanda penyanyi terkenal, Siti Nordiana bersama rakan-rakan baiknya iaitu Lan Solo dan Syura Badron.

Tidak sangka akan jadi seperti ini, penyanyi yang mesra dengan panggilan Syura atau nama penuh Zuraidah Badron ini mendedahkan kisah persahabatan mereka sejak usia belasan tahun selain pernah bernaung di syarikat sama.

“Tiada siapa mahu semua ini berlaku. Jujur saya cakap, ketika mula bertatih dalam bidang seni, dialah (Nana) orang pertama yang saya kenal. Kami satu label yang sama, nyanyi, bikin video muzik dan pergi ‘road tour’ bersama-sama sejak berusia 14 tahun.

“Apabila semua ini berlaku, sudah tentu saya sendiri fikir mana pergi semua persahabatan. Saya percaya, manusia tak sempurna dan itu juga sifat saya. Kita semua buat silap kerana itu memang fitrah,” katanya.

Penyanyi berusia 35 tahun itu turut mengakui rasa sedih dengan apa yang berlaku selain tidak menyangka kemelut berkenaan berpanjangan hingga ke mahkamah.

Syura juga mendedahkan bahawa dia tidak mahu mengeruhkan keadaan selain memohon maaf fan memaafkan apa telah berlaku.

“Saya percaya itu juga yang berlaku antara saya dengan Nana. Kami pernah sama-sama menjalani zaman anak dara sampailah sekarang. Bohonglah kalau saya cakap tak sedih dengan apa yang berlaku.

“Kalau boleh saya tak nak keruhkan keadaan. Daripada pihak saya, dari bibir saya sendiri, saya mohon maaf dan memaafkan apa sahaja yang berlaku baik apa yang orang tahu mahupun tidak,” ujarnya.

Reda dengan apa yang berlaku, Syura menyerahkan segalanya kepada takdir dan tindakan Nana mengenai kemelut yang melanda mereka.

“Saya sudah sampai tahap fikir, apa sahaja yang keluar dari bibir saya, orang ramai akan label saya yang memulakan angkara ini, sayalah ‘villain’ dan sebagainya. Kalau dia (Nana) rasa bawa perkara ini ke mahkamah dapat selesaikan masalah, terpulang kepadanya.

“Saya reda dan ikut sahaja kalau itu memberikan keadilan kepada siapa yang berasakan dirinya teraniaya atau bagaimana,” luahnya lagi.

Apa-apa diharapkan hubungan persahabatan antara penyanyi ini terus kekal dan akan berbaik suatu hari nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen