Netizen persoal isteri bersalin di hospital swasta, rupanya kos ditaja pelakon wanita

Isteri kepada pelakon Aman Graseka, Reena tampil menjawab persoalan netizen susulan perkongsian suaminya membawa dia  bersalin di sebuah hospital swasta di Sungai Petani pada Rabu lalu.

Pelakon wanita taja kos bersalin

Perkara itu berbangkit kerana sebelum ini, pelakon berkenaan pernah berkongsi kesempitan hidup yang sedang dialami olehnya.

"Pelakon yang menaja kos kelahiran itu yang cadangkan saya melahirkan bayi di hospital berkenaan. Kalau ikutkan saya dengan abang tak kisah pun untuk bersalin di hospital kerajaan."

"Lagi pula sekarang kes Covid-19 tinggi di Kedah, jadi kita cuba elakkah daripada terdedah kepada jangkitan."

"Saya ikut sahaja sebab ini permintaan pelakon itu, sebenarnya tak ada beza pun bersalin di mana sekali pun kerana sakitnya tetap sama."

-Reena-

Aman Graseka enggan dedah identiti

Memetik sumber mStar, sehingga kini suaminya enggan berkongsi gerangan artis wanita yang bermurah hati itu.

"Semua hal bersalin abang yang uruskan... Sejujurnya saya pun tak tahu siapa pelakon yang saya bayarkan kos bersalin tu."

"Abang kunci mulut tentang hal ini, mungkin dia takut jika saya tahu mungkin saya terlepas cakap dekat orang lain... saya tanya banyak kali pun dia tak mahu beritahu."

"Sampai sekarang saya tak kenal siapa pelakon itu. Apapun saya bersyukur sangat-sangat ada yang sudi menaja kos bersalin ini. Semoga individu itu dimurahkan rezeki."

-Reena-

Terdahulu, media melaporkan Reena selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.1 kilogram secara normal.

Namun, siapa sangka selain ucapan tahniah, mereka turut dibanjiri persoalan akan kewajaran pelakon itu membawa isterinya bersalin di hospital swasta yang sememangnya memerlukan kos yang tinggi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen