Terlepas panggil 'sayang', Zizi tak tolak jodoh dengan Yusuf Bahrin. - "Tak pernah jumpa, berhubung guna telefon je."

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah beberapa kali kantoi panggilan sayang antara pelakon Yusuf Bahrin kepada penyanyi Zizi Kirana di IG Live telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Malah, ada juga yang mendakwa bahawa pasangan ini kemungkinan sedang hangat bercinta.

Memetik laporan mStar online, Zizie atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahlil gembira melihat peminatnya teruja dengan kemesraan mereka namun, menjelasakan bahawa itu sekadar gurauan sahaja.

“Panggilan sayang itu saja-saja... bukanlah kami memang menggunakan panggilan itu. Tapi tak sangka la ramai peminat siak melihat kami berdua. Bila peminat suka, kami pun rasa happy.”

Penyanyi berusia 36 tahun itu mengakui selesa dengan dengan Yusuf namun, enggan  meletakkan sebarang status pada hubungan mereka.

"Sejujurnya, saya selesa dengan Yusuf. Dia seorang yang soft spoken dan baik. Saya tak nak letakkan sebarang status apabila melibatkan soal hubungan. Takut nanti letak harapan dan kecewa. Apa-apa pun, doa yang baik-baik,” ujarnya.

Menurut penyanyi Eh itu lagi, dia mendedahkan mengenali aktor 29 tahun ketika rakaman program All Together namun mula berkawan sejak dua bulan lalu menerusi laman Instagram.

“Apa yang boleh saya kongsi, kami sedang berkawan baru saja sekitar dua bulan lalu. Kami kenal menerusi program All Together tapi ketika itu tak bertegur pun.

“Mula bertegur di IG masa Hari Raya Aidiladha lalu. Tapi sepanjang berkawan ini, kami tak penah berjumpa pun. Hanya berhubung menerusi telefon sahaja.”

Bagaimanapun, penyanyi berasal dari Sabah ini tidak menolak sekiranya ada  jodoh Yusuf adalah jodoh yang ditetapkan oleh Allah untuknya.

“Soal jodoh ini, saya serah kepada Allah. Insya-Allah kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Tapi kalau tak ada, kami tetap kawan.”

Sebelum ini, tular video memperlihatkan Yusuf secara spontan memanggil Zizi dengan gelaran ‘sayang’ ketika berbual di Instagram live.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen