Kantoi 'bercium' dengan kawan baik suami dalam tandas, pelakon Indonesia pilih tutup aib isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh di media sosial akan kemelut yang melanda pasangan selebriti terkenal di Indonesia selepas mendakwa isterinya kantoi curang bersama rakan baik suaminya.

Kontroversi itu melanda pasangan Kenang Mirdad dan Tyna Kanna selepas tular tangkap layar perbualan dipercayai mengenai pasangan tersebut.

Isteri kantoi cium lelaki lain depan mata suami

Dalam tangkap layar tersebut menyatakan bahawa Tyna Kanna telah kantoi curang di depan mata suaminya dengan bercium dengan seorang lelaki yang merupakan rakan berbasikalnya. 

Bagaikan tidak percaya ada yang mendakwa lelaki tersebut sebenarnya adalah kawan baik Kenang Mirdad.

Menerusi laporan media Indonesia, Kenang Mirdad dipercayai melihat sendiri kejadian tersebut yang mana isterinya dan lelaki berkenaan bercium di dalam tandas selepas tamat aktiviti berbasikal.

Suami pertahankan, isteri minta cerai

Susulan dari kejadian tersebut, Kenang Mirdad telah memaafkan isterinya dan cuba mempertahankan rumah tangga yang telah dibina selama 12 tahun itu.

Bagaimanapun, Tyna Kanna telah membuat keputusan untuk memfailkan penceraian di pejabat agama pada 30 Ogos lalu.

Malah, media Indonesia turut melaporkan Nana Mirdad dan Nasyilla Mirdad juga sudah tidak mengikuti Instagram kakak ipar mereka iaitu Tyna Kanna.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen