Ibu menangis gembira, bapa nazar cukur kepala lepas Latif raih pingat emas

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, atlet paralimpik, Abdul Latif Romly berjaya meriah pingat emas dalamacara lompat jauh T20 Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, sekaligus mengekalkan kejuaraannya sebagai jaguh lompat jauh dunia.

Ibu kepada jaguh lompat jauh negara itu mengakui gembira dan bangga apabila anaknya berhasil mempertahankan pingat emas yang pernah dia menangi di Sukan Paralimpik di Rio Brazil lima tahun lalu.

Bagaimanapun, Salmah Yatim, 64 turut meluahkan rasa cemas apabila melihat anaknya mengalami kecederaan ketika lompatan kelima sehingga terpaksa dibawa menaiki kerusi roda.

“Saya gembira kerana dia dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia apabila sekali lagi menghadiahkan pingat emas kepada negara.

“Bagaimanapun, saya sedih dan risau dengan keadaan Latif apabila dia terjatuh semasa membuat lompatan kelima. Saya berharap tidak ada kecederaan serius. Lagipun sebelum ini, dia ada juga cedera semasa bertanding dan ketika latihan,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Romly Mat, 70, berkata, dia cukup berbangga kerana anaknya berjaya mempertahan pingat emas selepas kejayaan pertama diraih pada Sukan Paralimpik di Rio, Brazil pada 2016.

Malah, bapanya juga sudah bernazar ingin membotakkan kepalanya jika anak itu memenangi pingat emas selain mengakui rindu anaknya kerana sudah lama tidak berjumpa.

“Selepas ini saya akan cukur kepala sebab dah bernazar. Dulu pun saya buat perkara yang sama juga. Memang kami rindu sangat dekat Latif sebab kali terakhir berjumpa adalah pada Disember tahun lalu,” ujarnya.

Untuk makluman, jaguh lompat jauh negara yang berusia 24 tahun itu mempertahan pingat emas acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) apabila percubaan kedua dengan lompatan pada jarak 7.45 meter itu gagal diatasi 11 peserta lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen