“Jangan takut, kita tak makan orang.” - Gadis rakam dikacau lelaki tak dikenali, siap tanya alamat rumah lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Dikacau oleh seseorang yang tidak dikenali tentunya mengudang rasa tidak selamat dan selesa walaupun berada di tempat awam.

Baru-baru ini, tular akan sebuah video memaparkan dua orang gadis diganggu oleh dua lelaki ketika mereka sedang melepak di taman.

“Jangan takut, kita tak makan orang.”

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @TIIIIIIIIMOTHY itu, berkongsi rakaman dua gadis dikacau orang tidak dikenali ketika sedang melepak.

Dalam video berdurasi dua minit dan lapan saat itu, dapat dilihat dua orang gadis yang tidak selesa akan kedatangan dua lelaki di tempat mereka sedang duduk.

Rakaman tersebut juga memaparkan gadis berkenaan terpaksa berpura-pura merakam dirinya agar tidak terkantoi dia sedang merakam dua lelaki tidak dikenali itu.

“Awak bagi nombor telefon saya tak kacau...”

Difahamkan, lelaki yang berbaju merah itu meminta nombor telefon rakannya dengan menggunakan alasan ingin berkawan dengan dirinya.

Malah, gadis yang merakam itu telah menegur agar tidak mengacau mereka kerana mereka sedang melepak disitu. Bagaimanapun lelaki itu berkeras meminta nombor telefon sekiranya tidak ingin dikacau.

Siap tanya tinggal blok mana.

Lebih seram lagi apabila lelaki berkenaan bertanya di mana gadis tersebut tinggal dan dengan selamba lelaki itu duduk di sebelah rakannya. Tidak lama selepas itu, mereka ingin pergi dari situ namun dikatakan sombong oleh lelaki berkenaan.

Seramnya!

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata mereka menyatakan bahawa keadaan tersebut menakutkan dan berharap lelaki seperti ini tidak wujud.

Mereka juga turut berkongsi pengalaman diganggu oleh orang tidak dikenali seperti gadis berkenaan.

Biadapnya

Harap buat report polis

Kongsi pengalaman sama

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen