Tahu-tahu je dah bersalin, Johan & Ozlynn selamat timang anak keenam

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak ada angin tak ada ribu, tiba-tiba pelawak dan penyampai radio ERA Fm, Johan dikhabarkan menimang seorang lagi cahaya mata selepas isterinya pelakon Ozlynn Wati selamat bersalin pada Jumaat lalu.

Perkara tersebut telah dikongsikan di Instagram ERA FM yang memaparkan gambar Johan sedang tidur bersama bayi di atas sofa dipercayai di sebuah pusat perubatan.

Walau bagaimanapun, pihak ERA FM tidak berkongsi lebih lanjut mengenai anak keenam pasangan selebriti berkenaan.

“Alhamdulillah, isteri Johan selamat melahirkan cahaya mata baru mereka pada 3 September 2021. Semoga ibu dan bayi sihat sentiasa. Selamat berjaga malam buat Johan, ikhlas daripada Team ERA!,” tulis kapsyen tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata para peminat sedikit terkejut memandangkan pasangan itu tidak berkongsi apa-apa berita mengenai kehamilan anak keenam itu sebelum ini.

Meskipun begitu, rata-rata tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan berkenaan.

Bila mengandung?

Senyap-senyap je

Patut la selalu tunjuk muka je

Tahu-tahu dah bersalin

Menjengah ke Instagram Jozlynnhanania, posting terbaru adalah luahan rasa rindu terhadap anak-anaknya sahaja.

“Rinduuuuuuuuuu. Tunggu mama balik ok,” tulis di ruangan kapsyen tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen