Mimpi ngeri jadi nyata, pemuda kecewa rekaan tudung dipercayai ditiru 'brand' besar

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh hari ini apabila seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila hasil rekaan tudungnya telah dicuri oleh sebuah jenama tudung terkenal yang dipercayai dimiliki seorang usahawan wanita popular.

Kecewa dengan perkara tersebut, pemilik idea asal Yusfariq Iqmal telah meluahkan rasa kecewanya di platform TikTok miliknya selepas hasil usaha kerasnya sejak dua tahun lalu telah ‘ditiru’ oleh jenama tersebut.

Kecewa idea kena ciplak.

Mesra dengan panggilan Abe Yus, dia menyatakan bahawa dia berusaha gigih bagi mengembangkan perniagaan tudung bawal ‘magnetic’ miliknya namun dengan mudah diambil oleh jenama tersebut.

“Senang-senang nak ambil idea aku. Dua tahun lebih aku cuba meyakinkan orang ramai, buat Research and development (R&D) sampai kemurungan.

“Apa yang pelanggan mengadu, aku cuba perbaiki. Tapi aku bersyukur akhirnya hasilkan benda ni. Founder jenama besar ni setiap tahun buat hal,” katanya.

@yusfariq

💔PLEASE STOP COPYING SMALL BUSINESS IDEA. #thejasmine #bawalmagnetic

♬ original sound - Abe Yus 🇲🇾🇮🇩 | TJ

Pemuda berusia 26 tahun itu juga berkata bahawa dia kagum akan usahawan berkenaan dan menjadikannya sebagai idola namun tidak sangka akan jadi seperti ini.

Mimipi ngeri jadi kenyataan.

Perkara tersebut juga diluahkan oleh Abe Yus di laman Twitter miliknya yang terkilan dengan apa yang berlaku ketika ini.

Dalam pada itu, dia juga meluahkan rasa tidak sangka apabila perkara yang paling ditakuti akhirnya terjadi pada dirinya.

“Kami akan beli dari awak.”

Bersimpati akan perkara itu, rata-rata netizen menyatakan akan membeli tudung keluarannya sebagai tanda sokongan terhadap Abe Yus.

"Macam kenal ya?"

Sehubungan dengan perkongsian tersebut juga, rata-rata netizen telah menyerang Instagram jenama milik usahawan berkenaan. Mereka juga turut mengecam tindakan pemilik jenama besar itu yang ‘meniru’ idea orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen