“Minta maaf sebab nakal...” – ‘Atok’ ugut nak pisahkan cucu buat netizen sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak meriah rumah kalau adik beradik tak bergurau senda hingga tercetusnya pergaduhan hingga ada yang menangis. Pergaduhan ini juga akan membuat hubungan adik beradik itu bertambah erat.

Terbaru, pelawak terkenal, Shuib Sepahtu ada memuat naik satu video di Instagram miliki Allahyarham Siti Sarah akan telatah anak-anaknya.

Perkembangan baru anak-anak.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram arwah penyanyi terkenal itu, memaparkan ketiga-tiga anaknya Uwais, Talita dan Matin yang dipercayai baru sahaja bertengkat antara satu sama lain.

“Ramai yang tunggu perkembangan anak-anak, dekat sini kami akan kongsikan suka, duka, gelak, tawa mereka.. Macam-macam ragam sementara nak besar.

“Ini semua hanya teguran seorang atok untuk cucu-cucunya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sentiasa mendoakan mereka, semoga doa-doa yang baik itu berbalik kepada kamu semua ya.”

Difahamkan, mereka bertiga dipanggil oleh datuk mereka, Raissuddin Hamzah untuk sesi teguran.

Kalau ibu ada, ibu pukul tak?

Sambil memegang rotan, Raissuddin sambil menegur agar mereka tidak saling bertengkar lagi malah turut menggugut untuk memisahkan mereka bertiga.

Takut akan perkara itu, Matin telah menangis dan merayu agar tidak dihantar kesana. Malah mereka bertiga memohon maaf dan mengakui akan kesilapan masing-masing.

"Dia kena marah aku yang melalak..."

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mengakui sebak akan nasihat yang diberikan Raissuddin itu.

Terdahulu, penyanyi terkenal Siti Sarah telah menghembuskan nafasnya selepas paras oksigen menurun selepas disahkan dijangkiti Covid-19.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen