Bekas isteri pilih nak berpisah, bapa 23 tahun kerja keras demi cukupi keperluan anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup seorang anak tidak lengkap tanpa ibu bapanya di sisi, namun sebagai manusia biasa kita hanya mampu merancang dan selebihnya diserahkan kepadaNya.

Baru-baru ini, tular video seorang pemuda berusia 23 tahun bersama anak perempuannya yang masih kecil telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok oleh @dausssss, memaparkan moment dia bersama anaknya yang masih kecil itu.

“Ayah janji akan kerja keras untuk kamu dan laksanakan tanggungjawab ayah jadi ayah yang terbaik buat kamu sayang,” tulis di ruangan kapsyen.

Itu memang anak saya.

Memetik laporan mStar online, pemuda yang dikenali sebagai Ahmad Firadus Ahmad ini menyatakan bahawa dia kini menjaga anaknya Raudatul Jannah Ahamad Firdaus yang berusia dua tahun setelah bercerai dengan isterinya pada awal Mac lalu.

“Dalam video tu anak saya, dia ditinggalkan oleh maknya. Jodoh kami tak panjang, kami berkahwin pada 2018 dan bercerai pada Mac tahun ni. Memang ramai yang tak percaya itu adalah anak saya sendiri. Mungkin sebab umur saya masih muda lagi kot.


“Sekarang bekas isteri saya tu pun dah berkahwin dengan orang lain. Video itu adalah sebagai peringatan untuk kekal kuat demi anak saya kerana dia masih kecil. Saya harus lakukan yang terbaik sebagai seorang bapa untuk besarkan anak ini,” katanya.

Bukan mudah pikul jadi bapa muda.

Pemuda berusia 23 tahun itu juga berkata bahawa dia dan bekas isteri dikurniakan seorang cahaya mata pada 2019 iaitu selepas setahun mereka berkahwin namun, disebabkan sudah tidak sefahaman lagi mereka memilih untuk berpisah.

“Dah cuba untuk berbincang dan selesaikan dengan cara baik tapi takdir menentukan jodoh kami tak panjang. Puas saya cuba pujuk tetap tak berjaya sehinggalah dua minggu kemudian saya dapat panggilan dari mahkamah untuk hadir proses penceraian,” ujarnya.

Anak ketiga daripada lima beradik ini mengakui bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa namun bersyukur kerana keluarganya sering memberi kata-kata semangat selain ibunya turut membantu menjaga anak perempuannya.

Nasihat buat yang bujang.

Dalam pada itu dia juga menyatakan bahawa dia dan bekas isteri bergilir-gilir menjaga anak mereka selain, mengakui bahawa dia menjadi lebih bertanggungjawab selepas bergelar bapa.

“Kadang-kadang bekas isteri ada juga datang ambil anak, kami bergilir-gilir jaga. Ada masa dua bulan saya jaga kemudain giliran dia pula.

“Bila dah jadi bapa ni saya belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab kerana masa nak enjoy atau bersuka ria macam orang lain dah tak ada. Kena kerja untuk pastikan keperluan anak cukup semuanya,” luahnya.

Dalam pada itu, Daus turut menasihati mereka yang masih bujang agar bersedia berdepan dengan cabaran dan dugaan di alam perkahwinan selain mengingatkan bahawa mempunyai kewangan yang stabil dan sedia untuk memikul tanggungjawab dalam rumah tangga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen